Harimau Muda lakukan persiapan menjelang Pesta Bola Merdeka

Astro Awani
Ogos 31, 2013 07:42 MYT
Pasukan Harimau Muda akan menjalani sesi latihan di Kuantan bermula esok untuk menentang Pahang pada 3 September pada aksi persahabatan.
Pengendali pasukan, Ong Kim Swee berkata, latihan terus dipertingkatkan sebelum memulakan kempen Pesta Bola Merdeka 2013 untuk menentang skuad bawah 23 tahun Singapura bermula 7 September ini.
Sementara itu, kemasukan tujuh pemain bagi memperkukuhkan pasukan untuk menjayakan misi berkenaan, Kim Swee nyata menyakini pasukan akan melakar kejayaan.
"Dah tentu juara pesta bola kita perlu berusaha dengan lebih gigih lagi terpulang masa kejohanan antara pemain terbaik kita ada saya percaya kita mampunyai menyaingi pasukan nanti," katanya
Beliau berkata demikian ketika ditemui mewakili team Era FC berdepan Arena All Star di stadium Hang Jebat Melaka sempena fiesta muzik dan bola Eravaganza Era FM.
Katanya, aksi perlawanan yang disertai pemain bola sepak dan artis tanah air menjadikan perlawanan cukup menarik.
"Perlawanan pertunjukan pada masa sama satu permainan cukup baik dimana kita tahu pasukan arena ramai bekas bekas pemain kebangsaan pasukan Era bantu Harimau Muda berapa artis skil cukup baik bola sepak satu perlawanan cukup menarik," katanya lagi.
#harimau muda #Ong Kim Swee #pesta bola merdeka