Harimau Muda atasi India 2-1

Bernama
Mac 23, 2024 14:25 MYT
Pasukan negara dijadualkan kembali bertemu B-23 India dalam satu lagi aksi persahabatan pada Isnin depan. - Gambar/ FB FAM
KUALA LUMPUR: Skuad bawah 23 tahun (B-23) kebangsaan menundukkan India 2-1 pada aksi persahabatan tertutup di Stadium Bola Sepak Kuala Lumpur, malam tadi.
Skuad kendalian Juan Torres Garrido membuka jaringan menerusi T. Saravanan pada minit ke-33, sebelum Muhamad Alif Zikri Zaini Anuar menggandakan jaringan pada minit ke-48.
Skuad B-23 India, kemudian merapatkan jurang menerusi jaringan Chingangbam Shivaldo Singh pada minit ke-77.
Pasukan negara dijadualkan kembali bertemu B-23 India dalam satu lagi aksi persahabatan pada Isnin depan, sebelum berlepas ke Doha, Qatar untuk menghadapi Piala Asia B-23 bermula 15 April hingga 3 Mei ini, yang juga merupakan kelayakan ke Sukan Olimpik Paris 2024.
Di Doha, skuad negara akan meneruskan aksi pemanas badan menentang China pada 3 April, Qatar (6 atau 7 April) dan satu aksi yang belum diputuskan 10 atau 11 April.
Malaysia diundi dalam Kumpulan D bersama Uzbekistan, Vietnam dan Kuwait dan hanya dua pasukan terbaik kumpulan mara ke suku akhir saingan peringkat Asia itu.
-- BERNAMA
#harimau muda #India #perlawanan persahabatan #Juan Torres Garrido
;