Harimau Malaya tumpaskan Gajah Perang
Astro Awani
November 14, 2019 22:36 MYT
November 14, 2019 22:36 MYT
Malaysia berjaya menumpaskan Thailand 2-1 dalam aksi kelayakan Piala Dunia 2022/ Piala Asia 2023 di Stadium Nasional Bukit Jalil, sebentar tadi.
Aksi cemerlang skuad bimbingan Tan Cheng Hoe membolehkan Harimau Malaya mengumpul enam mata daripada empat perlawanan.
Malaysia pada awal perlawanan dikejutkan Thailand dengan jaringan pertama menerusi sumbangan gol oleh Chanatip Songkrasin pada minit ketujuh separuh masa pertama.
Skuad negara bagaimanapun tidak mengalah dengan kebangkitan gol penyamaan hasil jaringan Brendan Gan menerusi leretan oleh Syamer Kutty pada minit ke-26.
Malaysia terus mempamerkan aksi cemerlang apabila berjaya membolosi gawang Thailand hasil sumbangan Muhamadou Sumareh pada minit ke-56 separuh masa kedua.
Malaysia dijadual bertembung dengan satu lagi aksi perlawanan bersama Indonesia pada 19 November nanti.
#Gejah Perang
#harimau Malaya
#kelayakan Piala Dunia
#Malaysia
#Stadium Nasional Bukit Jalil
#Thailand