Harimau Malaya tewas? Ini reaksi spontan Tun Mahathir

Harits Asyraf Hasnan, Fareez Azman
Disember 15, 2018 22:50 MYT
TUN MAHATHIR: -Saya berpendapat pemain kita main dengan baik dan beberapa kali mereka telah dapat dekat dengan gol Vietnam. - Foto Bernama
Meskipun kekalahan skuad Harimau Malaya terhadap pasukan Vietnam malam ini ternyata mengecewakan peminat bola sepak tanah air, buat Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad, kekalahan itu perlu dijadikan sebagai pengajaran dan pengalaman buat pemain dalam memastikan skuad negara terus mencatatkan kemenangan dalam perlawanan akan datang.
“Saya berpendapat bahawa pemain kita bermain dengan baik dan beberapa kali mereka (skuad Harimau Malaya) telah dapat dekat dengan gol Vietnam, tapi entah bagaimana, bola itu telah dapat kepada pihak Vietnam. Mereka (pasukan Vietnam) biasanya tendang jauh daripada gol mereka. Dengan itu peluang kita nak jaringkan gol pun semakin sukar.
“Bagaimanapun, saya yakin dengan sedikit lagi usaha, kita ada potensi untuk memenangi dalam perlawanan-perlawanan berikut. Saya harap pemain kita dan jurulatih tidak kecewa sebaliknya menggunakan ini sebagai satu pelajaran pengalaman untuk menaikkan lagi kebolehan mereka. Saya yakin mereka punyai potensi yang baik,” ujar beliau ringkas di sini pada Sabtu.
Beliau sebelum itu ditemani isteri, Tun Dr Siti Hasmah Mohamad Ali menyaksikan baki 20 minit perlawanan tersebut selepas menghadiri majlis makan malam sempena lawatan kerja beliau di sini.
Turut sama menyaksikan perlawanan itu adalah Menteri Luar, Datuk Saifuddin Abdullah dan Duta Besar Malaysia ke Thailand, Datuk Jojie Samuel.
BACA: Piala AFF: Akuilah, Vietnam lebih hebat

Langsung dari Thailand: Jangan kecewa, #HarimauMalaya telah buat yang terbaik. Tun M @chedetofficial yakin @HarimauMY mampu rangkul piala di arena antarabangsa @ASTROARENA @501Awani @SyedSaddiq @saifuddinabd pic.twitter.com/8GIKOArO2k

— Asyraf Hasnan AWANI (@AsyrafAWANI) December 15, 2018
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.
Jelasnya,meskipun terpaksa menerima hakikat akan keputusan rasmi bahawa harapan Malaysia merangkul Kejuaraan Piala Suzuki AFF 2018 terkubur tetapi beliau yakin skuad Harimau Malaya mempunyai potensi untuk bergelar juara kelak.
Harimau Malaya gagal menyerlahkan ngauman sebenarnya apabila terpaksa akur dengan keunggulan Naga Emas yang gah sebagai Raja Asia Tenggara yang baharu.
Malaysia tewas 0-1 (agregat 2-3) kepada Vietnam dalam perhitungan terakhir yang berlangsung di Stadium My Dinh, Hanoi pada Sabtu, sekali lagi terlepas peluang untuk membawa pulang gelaran untuk seluruh penyokongnya.
#Bangkok #Bola #FAM #final #Hanoi #harimau Malaya #Piala AFF #Tun M #Tun Mahathir #Vietnam #WeBelangTogether
;