Harimau Malaya bakal uji kekuatan Indonesia?

Astro Arena
Mei 19, 2024 05:00 MYT
Skuad negara akan meneruskan baki perlawanan berdepan Kyrgzstan pada 6 Jun dan Chinese Taipei pada 11 Jun depan dengan misi wajib menang untuk melangkah ke peringkat seterusnya. - Gambar fail/ Bernama
HARIMAU Malaya dijangkakan akan menguji kekuatan Indonesia dalam satu perlawanan persahabatan sebelum bermulanya saingan Piala ASEAN 2024 nanti.
Begitupun, perkhabaran itu bergantung sepenuhnya kepada keputusan yang bakal diraih Malaysia dalam saingan Kelayakan Piala Dunia FIFA 2026/Piala Asia 2027.
Skuad negara akan meneruskan baki perlawanan berdepan Kyrgzstan pada 6 Jun dan Chinese Taipei pada 11 Jun depan dengan misi wajib menang untuk melangkah ke peringkat seterusnya.
Dalam pada itu, skuad Garuda juga dijangkakan akan mengadakan perlawanan persahabatan berdepan Tanzania dan Thailand bagi mempersiapkan pasukan menjelang saingan Kelayakan Piala Dunia 2026. - Stadium Astro
#harimau Malaya #Piala ASEAN 2024 #Indonesia #perlawanan persahabatan