Hari Sukan Negara: Sukan wadah terbaik pupuk perpaduan - PM Najib

Hafiz Marzukhi
Oktober 14, 2017 15:18 MYT
Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak mencuba 'Stationery bike' semasa hadir pada sambutan Hari Sukan Negara di Stadium Bukit Jalil hari ini. Turut kelihatan Menteri Belia dan Sukan, Khairy Jamaluddin. - Foto Bernama
Sukan disifatkan sebagai satu wadah terbaik bagI memupuk perpaduan dalam kalangan rakyat berbilang kaum di dalam negara ini.
Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak berkata, selain itu, aktiviti sukan juga dapat memupuk gaya hidup sihat dalam diri dan keluarga.
"Kalau kita nak berjaya, kita mesti sihat. Ada dengar ke orang berjaya yang tidak sihat?
"Tidak ada. Mesti sihat. Ini adalah sebab kita nak bangunkan budaya bersukan dalam negara supaya rakyat Malaysia suka bersukan," kata Datuk Seri Najib dalam ucapan perasmiannya di Sambutan Hari Sukan Negara peringkat kebangsaan di Stadium Nasional Bukit Jalil di sini pagi tadi.
Sambutan Hari Sukan Negara diadakan pada Sabtu minggu kedua Oktober setiap tahun dan ini kali ketiga ia dianjurkan.
Turut hadir ketika majlis perasmian adalah Menteri Belia dan Sukan, Khairy Jamaluddin serta barisan atlet negara.
#Belia #Bukit Jalil #Hari Sukan Negara #Khairy Jamaluddin #Malaysia #menteri #Najib Razak #Perdana Menteri #perpaduan #rakyat #rakyat Malaysia #sukan
;