Hari sempurna buat David de Gea

Astro Arena
Februari 13, 2023 09:30 MYT
De Gea muncul sebagai penjaga gol pertama dalam sejarah EPL yang membuat 400 penampilan untuk kelab yang sama. - Foto Astro ARENA
LEEDS UTD 0 MAN UTD 2
David de Gea menikmati hari yang sempurna ketika menjadi pemain bukan Inggeris pertama yang beraksi 400 perlawanan Liga Perdana Inggeris (EPL) untuk sebuah kelab selain tidak dibolosi dalam kemenangan Manchester United di Leeds United, tengah malam tadi.
Gol daripada Marcus Rashford dan Alejandro Garnacho memastikan kemenangan 2-0 barisan kendalian Erik ten Hag itu ke atas Leeds yang memecat pengurus mereka empat hari lalu selepas keputusan seri 2-2 di Old Trafford.
De Gea turut muncul sebagai penjaga gol pertama dalam sejarah EPL yang membuat 400 penampilan untuk kelab yang sama dan dia menandakan peristiwa itu dengan aksi menyelamat penting bagi mematahkan beberapa percubaan menarik Crysencio Summerville.
Hanya Ryan Giggs (632) dan Paul Scholes (499) lebih kerap mewakili United dalam EPL berbanding De Gea, tetapi dia mengakui tidak mahu hanyut dengan pencapaian itu selagi mereka tidak mengesahkan mata penuh.

This is some highlight reel, @D_DeGea! To celebrate David De Geas 400th #PL appearance, here are the @ManUtd goalkeepers finest saves in the competition pic.twitter.com/vqYbHzhxAq

— Premier League (@premierleague) February 12, 2023
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.
"Hari ini bukan tentang perlawanan ke-400, ia adalah tentang memenangi perlawanan.
"Kami berjaya mengharunginya jadi sekarang saya barulah boleh menikmati pencapaian perlawanan ke-400 EPL ini," katanya kepada Sky Sports.
"Adalah bagus dapat bertandang ke sini dengan mempamerkan corak permainan seperti yang kami lakukan hari ini, tidak dibolosi dan mencatat tiga mata penting, ini adalah hari yang sempurna."
#Manchester United #EPL #David de Gea #400 perlawanan EPL
;