Harapan tinggi buat pemain hoki negara

Astro Awani
Februari 28, 2013 07:44 MYT
Ketua jurulatih negara, Paul Revington meletakkan sasaran tinggi buat anak buahnya untuk memenangi kesemua perlawanan pada kejohanan edisi ke-22 itu, bermula Mac ini.
Revington yakin pemain negara mampu meningkat hasil kemenangan berikutan latihan intensif yang diharungi mereka sejak tahun lalu.
Bercakap kepada pemberita, Revington yakin anak buahnya akan menjadi agresif walaupun berada di ranking terbawah pada kejohanan itu.
“Kami akan menurunkan pemain yang cergas pada kejohanan ini dimana Hafifi Hafiz Hanafi dan Izwan Firdaus Ahmad Tajuddin yang tercedera akan diberi peluang untuk berehat,” kata Revington.
Jelas pengendali kelahiran Afrika Selatan ini, Malaysia bakal menentang New Zealand di Melaka dimana pada 4 dan 5 Mac kami akan mengumumkan nama dua pemain tambahan.
Sementara itu, Persatuan Hoki Malaysia (PHM) tidak meletakkan sasaran khusus selepas pasukan kebangsaan gagal mencapai sasaran dalam beberapa kejohanan besar sejak beberapa tahun kebelakangan ini.
Malaysia menduduki tangga keenam dari tujuh pasukan yang bertanding pada tahun lalu.
Pasukan hoki Malaysia akan memulakan kempen menentang Korea Selatan pada 9 Mac sebelum bertemu New Zealand sehari kemudiannya.
#Hafifi Hafiz Hanafi #Izwan Firdaus Ahmad Tajuddin #Paul Revington #PHM
;