Hantar pemain muda langkah terbaik - BAM

Astro Arena
Februari 21, 2016 20:11 MYT
Tugas BAM adalah memastikan malaysia tidak sekadar berpuas hati memiliki dua pemain berkualiti. - Gambar fail
PERSATUAN Badminton Malaysia (BAM) menegaskan keputusan menghantar pemain muda mewakili skuad lelaki ke Kejohanan Berpasukan Asia masih langkah terbaik meskipun terlepas peluang layak secara merit ke pusingan akhir Piala Thomas.
Pengurus pasukan, Datuk William Toh berasakan adalah satu kesilapan jika ada yang melabel pendekatan ini sebagai satu kegagalan.
BAM melihat pemain muda negara tidak mempersiakan peluang yang diberikan ketika tewas 2-3 di tangan India dengan ada segelintir pemain dahagakan peluang beraksi di pusingan akhir Piala Thomas.
William juga berasakan kelompok pemain yang beraksi di Hyderabad India ini adalah yang terdekat untuk menggantikan pemain senior negara.
Tugas BAM adalah memastikan Malaysia tidak sekadar berpuas hati memiliki dua pemain berkualiti dalam bentuk perseorangan lelaki Iskandar Zulkarnain Zainuddin dan bintang remaja negara Goh Jin Wei.
#BAM #Persatuan Badminton Malaysia #William Toh
;