Hamilton juara F1 GP keenam kali - podium di Texas

Astro Awani
November 3, 2019 05:08 MYT
Lewis Hamilton sebelum memulakan perlumbaan F1 GP di Circuit of the Americas, 3 Nov, 2019, di Austin, Texas. (Foto AP)
PELUMBA Formula Satu (F1) Mercedes Lewis Hamilton menghabiskan perlumbaan Grand Prix (GP) di Circuit of the Americas, Texas, di tempat kedua, cukup mengumpul mata untuk dinobat juara F1 GP 2019.
Perlumbaan dimenangi rakan sepasukannya Valtteri Bottas dan saingan dari Red Bull Max Verstappen di tempat ketiga.
Hamilton kini perlu satu lagi kejuaraan F1GP untuk menyamai rekod Michael Schumacher yang kekal di tempat pertama mengumpul tujuh kejuaraan.
Perlumbaan seterusnya akan diadakan di Brazil (18 Nov) dan di Abu Dhabi (1 Dis).
#Brazil #F1 #Grand Prix #Lewis Hamilton #Mercedes
;