Hamilton juara di Sepanyol
Reuters
Mei 13, 2018 06:59 MYT
Mei 13, 2018 06:59 MYT
Lewis Hamilton meningkatkan penguasaan dalam kejuaraan dunia kepada 17 mata selepas Merecedes meraikan kejayaan satu dua di Grand Prix Sepanyol pada Ahad.
Ini merupakan kemenangan ke-64 sepanjang karier warga Britain itu dan ketiga di Circuit de Catalunya.
Pelumba Finland, Valtteri Bottas melepasi garisan penamat 20.5 saat di belakang Hamilton untuk meraih tempat kedua, dengan pelumba Belanda, Max Verstappen di tempat ketiga untuk Red Bull.
"Hari ini saya lebih serasi dengan jentera saya, sesuatu yang saya tidak rasa sepanjang tahun ini," kata Hamilton dalam sidang media selepas perlumbaan tersebut.
Kemenangan di Sepanyol ini menyusuli kejayaan di Azerbaijan dua minggu lepas.
Hamilton kini mempunyai 95 mata manakala Vettel hanya dapat merangkul 78 mata selepas pusingan ke-5 dalam perlumbaan tersebut.