Hamilton akui terkejut lebih pantas berbanding Red Bull di Mexico

Astro Arena
November 7, 2021 06:45 MYT
Lewis Hamilton mengikat rambutnya sebelum perlumbaan GP Mexico bermula di litar Hermanos Rodriguez, Mexico City, 7 Nov, 2021. (Foto AP)
LEWIS Hamilton mengakui dirinya 'terkejut' Mercedes lebih pantas bagi mengungguli barisan hadapan saingan Grand Prix Mexico.
Pemandu Mercedes, Valtteri Bottas, merupakan yang terpantas dalam kelayakan dan rakan sepasukannya, Hamilton, mengejutkan pelumba Red Bull, Max Verstappen pada Sabtu.
Red Bull merupakan pasukan yang perlu diatasi dalam sesi latihan, namun prestasi itu gagal diulangi selepas Bottas merekodkan catatan masa 1 minit 15.875 saat untuk meraih petak pertama.
Mercedes kemudian merekodkan prestasi kelayakan satu-dua buat kali ke-81, mengatasi Ferrari, Hamilton bergembira di sebalik kejutan yang dilakar.
"Saya benar-benar tidak tahu," kata Hamilton apabila ditanya mengenai kebangkitan Mercedes.
"Mereka [Red Bull] seperti enam persepuluh di hadapan pada peringkat tertentu, kemudian empat persepuluh, tetapi apa pun yang berlaku, kami pergi ke kelayakan dan kami mempunyai rentak yang lebih baik. Saya juga terkejut seperti semua orang, tetapi kami akan tetap menerimanya."
Hamilton, ketingalan 12 mata di belakang Verstappen dalam perebutan gelaran dunia, berkata lagi:
"Kami telah memasuki perlumbaan minggu ini ke P1 dan seterusnya kami biasanya ketinggalan setengah saat, jadi sepanjang hujung minggu berusaha untuk menambah baik jentera, mengambil sebanyak yang kami boleh daripadanya tetapi mengetahui bahawa mereka biasanya mendapat 'downforce' yang lebih tinggi, sayap yang lebih besar yang mereka gunakan seperti di Monaco, tetapi jadi kami telah bergelut di bahagian tertentu trek.
"Kejayaan ini sungguh mengejutkan kami, saya tidak mempunyai jawapan untuk itu tetapi saya akan menerimanya dengan pasti, bersyukur kerana berada di sana bersama Valtteri memperoleh 1-2."
#Lewis Hamilton #Max Verstappen #Grand Prix Mexico #Valtteri Bottas
;