Hamidin bakal kembali ke FAM selaku Presiden Kehormat?

Astro Arena
Mac 21, 2025 08:10 MYT
Hamidin memulakan tugas sebagai Presiden FAM sejak 2018 menggantikan Tunku Ismail yang meletak jawatan, sehingga 14 Februari 2025. - Foto Astro ARENA
BEKAS Presiden Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) Tan Sri Hamidin Mohd Amin mungkin bakal kembali semula ke badan induk tertinggi bola sepak negara itu selepas tidak mempertahankan jawatan presiden yang menyaksikan Datuk Joehari Mohd Ayub dipilih menerajui kepimpinan tersebut.
Bagaimanapun, kehadiran semula Hamidin ke FAM bukan untuk mengisi mana-mana kekosongan yang ditinggalkan tetapi dilihat sebagai individu paling layak dipilih selaku Presiden Kehormat Seumur Hidup FAM.
Terdahulu, skrip sama turut terjadi apabila Tan Sri Norza Zakaria dilantik sebagai Presiden Kehormat Seumur Hidup Persatuan Badminton Malaysia (BAM) selepas kecemerlangan pelbagai pencapaian yang diraih dalam sukan badminton semasa menjawat kerusi presiden sejak 2017.
Untuk rekod, Hamidin memulakan tugas menjadi presiden FAM sejak 2018 menggantikan Pemangku Sultan Johor, Tunku Ismail Sultan Ibrahim, yang meletakkan jawatan, sehingga 14 Februari 2025.

Atas dasar pengaruh dan pengalaman, FAM tidak menolak perlantikan TS Hamidin Mohd Amin sebagai Presiden Kehormat yang akan di bincangkan dalam mesyuarat EXCO terdekat .. pic.twitter.com/BDkJqh9svr

— FinaNasrom (@fnasrom) March 20, 2025
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.
Menurut laporan wartawan Astro Arena, Fina Nasrom, Setiausaha Agung FAM, Datuk Noor Azman Rahman, turut tidak menolak kemungkinan bahawa Hamidin akan menggalas peranan tersebut.
"Jika ikut keperluan, daripada segi pengalamannya tidak dinafikan.
"Hamidin juga memegang jawatan dalam Ahli Majlis Persekutuan Bolasepak Antarabangsa (FIFA) dan beberapa posisi lain.
"Banyak perkara perlu diambil kira," katanya.
Ikuti berita penuh di Nadi Arena jam 7.30 malam ini.
#FAM #Hamidin Mohd Amin #Presiden Kehormat Seumur Hidup #Noor Azman Rahman
;