Hafizh Syahrin raih kemenangan sulung di Zhuhai

Bernama
April 20, 2024 22:11 MYT
Pelumba negara Hafizh Syahrin Abdullah meraih kejuaraan sulung bersama JDT Racing Team pada Kejuaraan Motosikal Asia (ARRC) 2024 di Litar Antarabangsa Zhuhai, di China hari ini. - Foto Facebook JDT Racing Team
KUALA LUMPUR: Pelumba negara Hafizh Syahrin Abdullah meraih kejuaraan sulung bersama JDT Racing Team pada Kejuaraan Motosikal Asia (ARRC) 2024 di Litar Antarabangsa Zhuhai, di China hari ini.
Pelumba berusia 29 tahun itu mengungguli perlumbaan pertama pusingan kedua kategori Asia Superbike 1000cc dengan merekodkan 20 minit 24.461 saat (s) selepas melengkapkan 13 pusingan.
Andi Farid Izdihar dari Indonesia yang mewakili Honda Asia-Dream Racing meraih tempat kedua dengan 20:25.215s diikuti Azlan Shah Kamaruzaman dari pasukan TKKR BMW Racing Team ketiga (20:27.603s).
Ini merupakan kemenangan pertama JDT Racing Team pada penampilan sullung dalam ARRC selepas Hafizh Syahrin meraih tempat kedua pusingan pertama di Litar Antarabangsa Chang, Thailand bulan lepas.
Beliau yang menggunakan jentera Ducati Panigale V4R akan meneruskan perlumbaan pusingan kedua, esok.
-- BERNAMA
#Hafizh Syahrin Abdullah #kejuaraan sulung #JDT Racing Team #Kejuaraan Motosikal Asia
;