Haaland rangkul anugerah Pemain Terbaik Tahunan PFA
Astro Arena
Ogos 30, 2023 15:23 MYT
Ogos 30, 2023 15:23 MYT
PENYERANG Manchester City, Erling Haaland, merangkul anugerah Pemain Terbaik Tahunan PFA selepas musim pertamanya bersama The Cityzens City yang cemerlang susulan kejayaan merangkul treble.
Bagi kategori wanita, ia dinobatkan kepada bintang England dan Aston Villa, Rachel Daly.
Dianjurkan oleh Persatuan Pemain Bola Sepak Profesional (PFA), anugerah itu memberi pengiktirafan kepada pemain lelaki dan wanita terbaik dalam bola sepak Inggeris pada tahun 2023.
"Ia satu penghormatan dapat memenangi anugerah berprestij ini.
"Diiktiraf oleh pesaing anda adalah perasaan yang sangat hebat. Terima kasih kepada semua yang mengundi saya," ujar Haaland.
Haaland menikmati musim pertama yang mengagumkan bersama City apabila menjaringkan 52 gol dalam semua pertandingan.
Malah lebih menakjubkan The Citizens di bawah bimbingan Pep Guardiola memenangi Liga Perdana Inggeris (EPL), Piala FA dan Liga Juara-Juara.
Pemain berusia 23 tahun itu mengatasi rakan sepasukan, John Stones dan Kevin De Bruyne, serta gandingan Arsenal, Bukayo Saka dan Martin Odegaard. -- Stadium Astro