Guardiola sahkan Aguero terlepas aksi bertemu Porto
Astro Arena
Disember 1, 2020 10:45 MYT
Disember 1, 2020 10:45 MYT
PEP Guardiola mendedahkan Sergio Aguero tidak berlatih semalam dan bakal terlepas aksi Liga Juara-Juara (UCL) berdepan Porto.
Penyerang utama City itu telah dihimpit masalah kecederaan musim ini tetapi telah kembali pulih ketika meraih kemenangan 1-0 ke atas Olympiacos minggu lalu.
Bagaimanapun, penyerang Argentina itu kelihatan berdepan satu lagi masalah namun tidak terlalu serius.
"Saya tidak bimbang," kata Guardiola. "Dia tidak berlatih, dia sekadar memiliki kecederaan ringan di bahagian lutut.
"Dia tidak berlatih tetapi saya tidak bimbang."
Pemain berusia 32 tahun itu telah menjaringkan 17 gol dalam 20 perlawanan UCL, City tidak akan dapat menurunkannya di Portugal.
Skuad kendalian Guardiola, yang meraih kemenangan 3-1 ke atas Porto sebelum selepas Aguero membuka jaringan, hanya memerlukan satu mata untuk kekal di puncak Kumpulan C.
Ketiadaan Aguero memberikan impak yag jelas kepada City musim ini, dengan hanya 15 gol yang terhasil dalam sembilan perlawanan Liga Perdana Inggeris.