Guardiola kecewa khabar angin Neymar ke Manchester City

Astro Arena
Julai 21, 2022 11:15 MYT
GUARDIOLA: Saya minta maaf, maklumat yang mereka terima adalah palsu. - Foto Astro ARENA
PENGURUS Manchester City, Pep Guardiola, menafikan khabar angin yang mengaitkan juara Liga Perdana Inggeris (EPL) itu sedia membuat pertukaran pemain dengan dari Paris Saint-Germain (PSG) demi Neymar.
Menurut akhbar Perancis, Le Parisien, gergasi Ligue 1 itu telah menawarkan Neymar kepada City sebagai sebahagian daripada perjanjian pertukaran pada awal musim yang akan menyaksikan Bernardo Silva ke arah bertentangan.
City sebaliknya menolak cadangan itu apabila Guardiola menjelaskan berita berkenaan tidak tepat.
"Saya sangat kesal dengan Le Parisien tetapi ia tidak benar," katanya kepada pemberita di Houston menjelang perlawanan pra-musim menentang Club America, sebentar lagi.
“Saya minta maaf kepada mereka kerana maklumat yang mereka terima adalah palsu.

' "The first impressions of Julian, Kalvin, Erling, and Stefan were really good they seem like good people. Having good vibes in the locker room is more important than tactics." @PepTeam pic.twitter.com/bXbVnVqDek

— Manchester City (@ManCity) July 19, 2022
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.
"Neymar adalah pemain yang luar biasa dan berdasarkan maklumat saya, dia seorang yang bagus. Biarkan dia meluahkan perasaannya di Paris.
"Manchester City membeli 150 pemain setiap musim panas dan ia tidak benar. Saya kesal dengan berita membabitkan dengan Neymar ini."
PSG dikatakan meletakkan bintang Brazil berusia 30 tahun di pasaran, namun Guardiola mengulangi keyakinannya untuk memujuk Bernardo agar terus setia di City sekalipun pemain lincah tersebut dikaitkan dengan Barcelona, bulan lalu.
City telah merekrut beberapa muka baru menerusi pembelian Erling Haaland, Kalvin Phillips, Julian Alvarez dan Stefan Ortega Moreno, manakala Bernardo telah membuktikan dirinya sebagai nadi di bahagian tengah.
#Manchester City #Pep Guardiola #Neymar #pertukaran pemain
;