Greenwood ditahan lebih lanjut atas tuduhan serangan seksual, ugutan bunuh
Astro Arena
Februari 2, 2022 15:06 MYT
Februari 2, 2022 15:06 MYT
MASON Greenwood ditahan lebih lanjut atas tuduhan serangan seksual dan ugutan membunuh.
Pemain bola sepak Manchester United itu akan terus menjalani soal siasat selepas ditahan atas tuduhan merogol dan menyerang seorang wanita pada Ahad lalu.
Pihak Polis Greater Manchester berkata dalam satu kenyataan: "Detektif telah diberikan lanjutan masa untuk menyoal siasat sorang lelaki berumur 20an yang ditangkap kerana disyaki melakukan serangan seksual terhadap seorang wanita.
"Suspek itu sudah berada dalam tahanan sejak petang Ahad (30 Januari) selepas kami menyedari tentang imej dan video dalam media sosial yang dikirim oleh seorang wanita yang melaporkan keganasan fizikal terhadapnya.
"Dia akan terus menjalani soal siasat selepas pihak majistret meluluskan lanjutan masa sehingga esok.
"Berikutan siasasatan setakat ini, dia ditahan lebih lanjut atas tuduhan serangan seksual dan ugutan membunuh.
"Siasatan sedang berjalan dan mangsa akan terus ditawarkan sokongan pakar."