Grealish sumbang gol pertama bersama Three Lions
Astro Arena
Oktober 10, 2021 09:23 MYT
Oktober 10, 2021 09:23 MYT
JACK Grealish menjaringkan gol pertama di pentas antarabangsa ketika England merakamkan kemenangan 5-0 ke atas Andorra dalam kelayakan Piala Dunia Kumpulan I awal pagi tadi.
Gareth Southgate merombak kesebelasan utama ketika turun beraksi di Estadi Nacional tetapi mereka tidak berdepan masalah dengan Ben Chilwell membuka jaringan seawal minit ke-17.
Bukayo Saka menggandakan jaringan sebelum tamat separuh masa, manakala Tammy Abraham, James Ward-Prowse dan pemain gantian, Grealish melengkapkan kemenangan bergaya dalam separuh masa kedua.
Untuk rekod, ia kemenangan keenam dalam tujuh perlawanan bermakna England terus mendahului peringkat kumpulan manakala Andorra kekal di tangga kelima dengan tiga mata.