Grand Prix F1 Malaysia: Hamilton raih petak pertama
Bernama
Oktober 1, 2016 19:49 MYT
Oktober 1, 2016 19:49 MYT
Pemandu Mercedes AMG Petronas, Lewis Hamilton dari Britain akan bermula dari petak pertama bagi Grand Prix Formula Satu Malaysia esok.
Hamilton mencatat masa terpantas satu minit 32.850 saat sewaktu sesi kelayakan di Litar Antarabangsa Sepang di sini petang ini.
Ia adalah kedudukan petak pertama kali kelapan untuknya musim ini.
Rakan sepasukannya dari Jerman, Nico Rosberg pula menduduki petak kedua dengan catatan 1:33.264s manakala pemandu Belanda yang mewakili Red Bull Racing, Max Verstappen akan mengisi petak ketiga selepas mencatat 1:33.420s.