GP Itali: Lewis Hamilton buktikan keunggulan

Astro Awani
September 3, 2018 08:39 MYT
Lewis Hamilton meraikan kemenangan selepas memenangi perlumbaan F1 di GP Itali di Litar Monza, Monza, 2 Sept, 2018. REUTERS
Biarpun tidak memulakan perlumbaan di petak pertama, pemandu Mercedes Lewis Hamilton membuktikan keunggulannya apabila memenangi Grand Prix Itali pada Ahad.
Perlumbaan Formula One itu turut menimbulkan kontroversi apabila berlaku sedikit kemalangan antara Hamilton dan pemandu Ferrari Sebastian Vettel di pusingan pertama.
Kemenangan ini meleburkan impian Ferrari untuk menang di laman sendiri sejak 18 tahun lalu.
Ia juga membolehkan Hamilton menjarakkan kedudukan selaku pendahulu dengan 30 mata.
Dengan baki tujuh lagi perlumbaan, Hamilton boleh dianggap selesa untuk memenangi gelaran juara sekali lagi.
#F1 #Ferrari #Formula One #Grand Prix #Itali #kemalangan #Lewis Hamilton #Mercedes #Sebastian Vettel
;