Google Photos bakal label imej dijana AI

Amanz
Oktober 10, 2024 11:50 MYT
Google Photos akan mengesan metadata dan memaparkan kredit IPTC serta sumber imej yang dijana AI untuk membantu pengguna mengenal pasti imej tersebut. -Amanz
IMEJ yang dijana model kecerdasan buatan generatif semakin lama menjadi semakin realistik.

Ringkasan AI
  • Imej yang dijana oleh AI semakin realistik, menyebabkan kekeliruan dan potensi masalah seperti fitnah.
  • Platform AI dan media sosial mula meletakkan tera air dan label pada imej yang dijana AI untuk mengelakkan kekeliruan.
  • Google Photos akan mengesan metadata dan memaparkan kredit IPTC serta sumber imej yang dijana AI untuk membantu pengguna mengenal pasti imej tersebut.

Jika tidak diteliti dengan betul, sesiapa sahaja boleh keliru dan boleh mengundang pelbagai masalah seperti isu fitnah.
Disebabkan itu beberapa platform AI meletakkan tera air dan platform media sosial pula mula melabelkan imej yang berkenaan.
Terbaharu, Google Photos kelak turut akan melakukan perkara yang sama.
Menurut laporan Android Authority, aplikasi Google Photos telah mempunyai beberapa kod yang bakal mengaktifkan ciri memberitahu pengguna imej mana yang dijana dengan AI.
Ciri ini mengesan metadata pada imej dan akan memaparkan kredit IPTC.
Lebih menarik, Google Photos turut akan menyokong paparan sumber di mana imej tersebut dijana. Ini kerana semua imej yang dijana AI mempunyai identiti digital masing-masing.
Buat masa ini masih tidak tahu bila ciri ini akan diberikan kepada pengguna.
Apa pun, ia adalah ciri yang penting dan wajib untuk semua agar tidak terkeliru dengan imej realistik dijana AI. -Amanz
#Google #photos #imej dijana AI #tera air
;