Google Password Manager kini mudahkan perkongsian kata laluan dengan ahli keluarga

Amanz
Mei 24, 2024 12:30 MYT
Google Password Manager membenarkan perkongsian kata laluan dengan ahli Family Group. -Amanz
SIAPA di antara pembaca Amanz yang berkongsi kata laluan perkhidmatan penstriman dengan ahli keluarga?
Saya yakin ramai yang melakukannya kerana ia adalah satu langkah penjimatan.
Proses berkongsi boleh dilakukan dengan menghantar mesej tetapi jika kata laluan ditukar, ahli keluarga mungkin tidak tahu ia telah dilakukan oleh anda.
Google Password Manager telah dikemas kini dengan ia kini membenarkan perkongsian kata laluan dengan ahli Family Group, menurut laporan Android Authority.
Dengan ciri ini, anda boleh berkongsi kata laluan dengan semua ahli Family Group anda. Sebarang pertukaran kata laluan akan dikemas kini secara masa nyata kepada semua.
Ahli keluarga juga tidak perlu tahu kata laluan kerana Google Password Manager mereka akan mengisi medan kata laluan dalam aplikasi secara automatik.
Ciri ini diaktifkan selepas Google Play Services dikemas kini ke versi v24.20 yang baru sahaja diberikan.
Sekiranya anda belum menggunakan ciri Family Group kami sarankan ia digunakan keran ia membolehkan ibu bapa mengawal aktiviti digital anak dan juga memudahkan anda menjadi pengurus peranti milik orang tua anda sendiri. -Amanz
#Google #Family Group #kongsi kata laluan #perkhidmatan penstriman #ahli keluarga
;