GOOGLE Earth sudah beroperasi sejak 2001 dengan ia memberikan pandangan satelit permukaan bumi secara percuma.


Ringkasan AI
  • Google Earth kini menawarkan imej permukaan bumi dari udara seawal tahun 1930-an untuk beberapa bandar utama.
  • Pengguna boleh melihat perubahan bumi dalam tempoh empat dekad, bermula dari imej satelit tahun 1984.
  • Peta Google Street View telah dikemas kini di 80 negara dan akan boleh diakses dalam masa beberapa minggu melalui aplikasi Android, iOS, dan versi web.


Menerusi Google Earth, anda boleh pergi ke mana-mana sahaja di atas bumi, di bawah lautan biru, dan juga ke stesen angkasa antarabangsa ISS.

Semalam Google Earth telah dikemas kini dengan menawarkan imej permukaan bumi daripada udara seawal 1930an.

Gambar beberapa bandar raya utama yang diambil menggunakan kapal terbang kini boleh diakses menerusi penuras terbina Google Earth.

Kesemua imej satelit permukaan bumi pula boleh diakses dengan imej terawal daripada tahun 1984.

Dengan ini pengguna boleh melihat sendiri perubahan bumi dalam tempoh empat dekad menggunakan ciri Timelapse.

Turut dikemas kini ialah peta Google Street View di 80 negara seperti Australia, Argentina, Brazil, Costa Rica, Denmark, Perancis, Iceland, Jepun, Mexico, New Zealand, Filipina, Rwanda, Serbia, dan Switzerland.

Kesemua ciri yang diumumkan semalam akan boleh diakses menerusi Google Earth pada aplikasi Android, iOS dan juga versi web dalam masa beberapa minggu sahaja lagi. -Amanz