Goodday Charge persembahkan Team eMAS, pasukan eSukan warga emas pertama Malaysia

Israr Khalid
Jun 21, 2024 11:30 MYT
Ketua Pegawai Eksekutif Malaysia Book of Records, Christopher Wong mempersembahkan sijil pengiktirafan kepada Naib Presiden Pemasaran Etika Sdn Bhd, Amy Gan, disaksikan Menteri Belia dan Sukan, Hannah Yeoh.
KUALA LUMPUR:
Goodday Charge dengan bangganya mengumumkan penubuhan Team eMAS, pasukan e-sukan warga emas pertama Malaysia menerusi kejohanan Boomers2Gamers.
Penubuhan pasukan ini dirasmikan oleh Menteri Belia dan Sukan, Hannah Yeoh, menunjukkan betapa pentingnya inisiatif ini, dalam majlis yang diadakan di Orange Esports Club, Quill City Mall, Kuala Lumpur.
Disokong badan peneraju e-sukan negara, Persekutuan E-sukan Malaysia, Team eMAS malah diiktiraf oleh Buku Rekod Malaysia (Malaysia Book of Records), memahat nama mereka dalam sejarah nasional.
Pembentukan Team eMAS mewakili pencapaian penting dalam misi Goodday Charge untuk melegitimasi e-sukan dengan menjadi pentas membantu generasi terdahulu lebih memahami e-sukan, merapatkan jurang generasi untuk menggalak ikatan ukhwah dengan generasi yang lebih muda, dan pada masa sama mengetengahkan manfaat daripada e-sukan dalam fungsi kognitif, refleks dan banyak lagi.
Disasarkan kepada warga senior berumur 50 tahun dan ke atas, kempen Boomers2Gamers meraih sambutan menggalakkan apabila menerima 298 permohonan penyertaan.
Ia kemudian ditapis kepada 10 peserta terbaik, yang diberi rejim latihan tulen merentas beberapa minggu, menumpukan kepada Kemahiran Terlatih, Strategi, Tahap Kecergasan, Kerjasama Berpasukan, dan Komunikasi.
Sebagai jaguh untuk nutrisi dan kecergasan merentas semua sukan, ia merupakan sesuatu yang penting untuk Goodday Charge memastikan hari biasa pasukan dimulakan dengan senaman fizikal dan nutrisi yang betul untuk memacu latihan mereka, diikuti perbincangan strategi utama dikepalai barisan jurulatih sebelum beralih ke perlawanan-perlawanan latihan.
Ia diikuti sesi taklimat dengan para jurulatih, melihat semula dan menilai pencapaian mereka bersama nasihat penambahbaikan.
Rakan kerjasama, Orange Esports Club, Predator Gaming dan Creative Labs memastikan para peserta menikmati pengalaman lancar dan imersif dengan fasiliti ‘gaming’ mereka yang bertaraf dunia, siri komputer riba Predator yang tercanggih, serta set kepala ‘gaming’ berdefinisi tinggi.
Selesai perlawanan dan kemenangan utama, enam ahli Team eMAS dipilih: Trish Lim sebagai Ketua Pasukan, Nahar Ludhfi sebagai ‘entry fragger’, Ahmad Zamzuri/Tom sebagai ‘entry fragger’ kedua, Johan Arifin dan John Yap sebagai sokongan, dan Linda Tee sebagai pemain simpanan.
Mereka dipilih sendiri oleh bekas atlet e-sukan profesional dengan pengalaman gabungan selama lebih 20 tahun, Mohan Syazwan ‘Wanr0’ dan Mohammed Reza ‘Rexa’ berdasarkan kriteria-kriteria yang spesifik.
Untuk mengukuhkan kedudukan mereka dalam sejarah e-sukan negara, Team eMAS bertarung dalam empat perlawanan menentang pasukan Counter-Strike profesional negara, HXG.
Menggalas tanggungjawab dan komitmen untuk memacu e-sukan negara pergi lebih jauh dan tinggi, Goodday Charge akan menyokong pasukan lelaki dan wanita HXG yang sedang bersiap untuk mewakili Malaysia dalam Kejohanan E-sukan Asia di Chengdu, China, sebelum melayakkan diri ke Piala Dunia Persekutuan E-sukan Antarabangsa 2024 di Riyadh, Arab Saudi, acara berasaskan negara terbesar di dunia.
“E-sukan sering dilihat sebagai ‘barang’ orang muda, tertumpu hanya pada hiburan semata-mata, tetapi menerusi inisiatif seperti Boomers2Gamers, kita menunjukkan bahawa sukan ini mencakupi lebih daripada itu.
“Ia tentang pemikiran strategik, ketangkasan mental, dan komuniti - kualiti yang sama dengan sukan-sukan tradisional,” kata Hannah.
Beliau memuji Goodday Charge kerana menerajui pembentukan pasukan Team eMAS dan menyelaraskannya dengan inisiatif Kementerian Belia dan Sukan (KBS) yang meletakkan inklusiviti sebagai antara tujahan utamanya.
“Program Boomers2Gamers yang dimulakan oleh Goodday Charge menjadikan e-sukan lebih inklusif dengan membina pemahaman dan penerimaan yang lebih baik yang dapat membantu menghubungkan perbezaan generasi.”
Sementara itu, Naib Presiden Pemasaran Etika Sdn Bhd, Amy Gan berkongsi keterujaannya terhadap inisiatif tersebut dengan menyatakan bahawa Goodday Charge tekad untuk menjuarai kepercayaan bahawa e-sukan adalah sejenis sukan, menuntut disiplin, kemahiran dan kecergasan untuk prestasi optimum.
Ujarnya, dengan menyokong Garis Panduan Pembangunan Sukan Elektronik Kebangsaan (NESDEG) dengan KBS hingga menaja Anugerah E-sukan Malaysia 2024, matlamat mereka adalah untuk menukar stereotaip negatif dan salah anggap terhadap e-sukan di Malaysia.
“Malaysia punyai ramai ‘gamer’ yang bersemangat, namun stigma masyarakat, terutamanya daripada generasi yang lebih tua, menyekat penerimaan e-sukan sebagai sejenis sukan yang sah.
“Mencontohi nilai-nilai kerjasama berpasukan, disiplin dan keazaman tinggi yang lazim dikaitkan dengan sukan tradisional, Team eMAS menjadi contoh terbaik untuk pembangunan dan legitimasi e-sukan di Malaysia.
“Sebagai rakan nutrisi, Goodday Charge menyediakan susu coklat enak yang diformulasikan secara khusus padat dengan tenaga dan 10 nutrien Multipro® serta Vitamin B kompleks untuk menguatkan para atlet e-sukan kita setiap hari.”
Kempen Boomers2Gamers diumumkan oleh Goodday Charge pada Februari tahun ini, bermatlamat untuk menghapuskan mitos, mencabar stereotaip negatif dan mempromosikan penerimaan yang lebih besar terhadap e-sukan sebagai sukan sebenar di Malaysia.
Beliau menambah, bahawa mereka tidak akan berhenti setakat ini, malah rentetan kejayaan kempen ini dan maklum balas luar biasa daripada para peserta, Orange Esports dan Goodday akan terus membina naratif ‘gaming’ yang sihat dalam ekosistem e-sukan yang menyeluruh dan inklusif untuk semua peringkat umur dengan mendedikasikan setiap hari Khamis sebagai Hari Boomers2Gamers.
“Warga emas boleh sahaja datang dan bersaing dengan rakan-rakan secara percuma dan sertai bengkel-bengkel yang dianjurkan oleh kelab tersebut. Nantikan butirannya!”
Kepada sesiapa yang berminat untuk menyaksikan perjalanan Team eMAS, Goodday Charge akan menyiarkan siri realiti terhad mendokumentasikan jatuh bangun, kegagalan dan kejayaan serta kebangkitan Team eMAS, dihoskan oleh Tash Bunny dengan penampilan istimewa oleh Sir Cloud yang memainkan peranan sebagai mentor kepada para finalis.
Disiarkan di Astro Arena, ini bakal menjadi kandungan esport pertama yang ke udara di saluran berfokuskan sukan, menguatkan lagi usaha melegitimasikan e-sukan sebagai sukan yang sama tara dengan yang lain.
Untuk maklumat lanjut, ikuti Goodday Milk Malaysia di Facebook, Instagram dan TikTok.
#e-sukan #KBS #Hannah Yeoh #Goodday Charge #Team eMAS
;