Gomes: Fokus Portugal adalah pada kelemahan Wales, bukan Bale
Astro Arena
Julai 5, 2016 12:38 MYT
Julai 5, 2016 12:38 MYT
Pemain tengah, Andre Gomes, berkata Portugal akan memberikan fokus pada kelemahan Wales daripada terlalu memikirkan cara untuk menyekat Gareth Bale seorang menjelang aksi separuh akhir Euro 2016.
Pertembungan separuh akhir pertama bakal menyaksikan pertembungan Cristiano Ronaldo dan Bale, dua bintang Real Madrid yang bakal bertemu dengan membawa nama negara masing-masing.
Namun, Gomes percaya setiap pemain memiliki peranan yang penting dan Portugal memberikan tumpuan kepada cara mereka untuk menembusi barisan pertahanan Wales.
"Kami menyedari Bale merupakan pemain yang berperanan untuk pasukan, sama seperti Ronaldo bersama Portugal," kata Gomes.
"Apa yang penting buat kami adalah untuk mencuba mengambil peluang bagi menggunakan kelemahan Wales sebagai kekuatan kami.
"Buat kami selaku pasukan pendatang baru dalam kejohanan, jangkaan terhadap kami adalah tinggi.
"Kami akan memberi semaksimum mungkin dalam 'final' berikut kami pada Rabu dan kemudian menikmati final sebenar Kejohanan Eropah."
Selepas mengalami kecederaan otot yang mengetepikan pemain tengah Valencia itu daripada beraksi dalam perlawanan suku akhir, Gomes yakin akan kembali menyertai kesebelasan utama berdepan Wales.
"Kita tidak mempunyai sebarang kawalan terhadap masalah fikiran. Saya cuba untuk kembali pulih secepat mungkin dan kini saya sudah mampu beraksi," katanya.
"Saya sudah kembali menjalani latihan. Saya mahu membantu pasukan saya mara ke final."
Untuk rekod, Portugal masih belum memenangi perlawanan dalam tempoh 90 minit di Perancis dan memerlukan penentuan sepakan penalti untuk menewaskan Poland dan mara ke separuh akhir.