HARI ketiga Kejohanan Masters dipenuhi kontroversi melibatkan Tiger Woods yang dikenakan penalti dua pukulan kerana kesilapan di lubang ke 15 pada hari Jumaat.

Tanda tanya timbul apabila pemain Nombor 1 dunia itu menyatakan keraguan semasa sesi temuramah keatas tindakannya meletak semula (dropped ball) di tempat yang salah walaupun pihak jawatankuasa pertandingan pada asalnya mempersetujui aksinya sebagai sah (legal drop) sewaktu pertandingan berjalan.

Setelah disemak semula, jawatankuasa mengambil keputusan yang sebaliknya dan mengenakan penalti (retrospective penalty) dua pukulan yang berkesudahan catatan Woods pada hari ketiga jatuh dari 68 ke 70.

Brandt Snedeker dari Amerika Syarikat dan bekas juara Masters Angel Cabrera dari Argentina mendahulu cabaran hari ketiga dengan masing-masing mencatat 69 pukulan untuk jumlah 209 pukulan sepanjang tiga hari kejohanan.

Kejohanan disambung dengan pusingan terakhir pada hari Ahad.