Golf: Jelajah PGA perkenal format baru lebih lumayan

Astro Arena
Ogos 25, 2022 10:10 MYT
Jay Monahan, Pesuruhjaya Jelajah PGA. - Foto Astro ARENA
PEMAIN terkemuka telah memberikan komitmen yang tidak pernah berlaku hingga mendorong Jelajah PGA bersetuju untuk menambah baik jadual.
Pesuruhjaya Jelajah PGA, Jay Monahan, memperincikan empat perkara penting yang akan diperkenalkan untuk membawa pemain terkemuka berentap dengan lebih kerap.
Penambahbaikan terkini diumumkan seminggu selepas Tiger Woods bertemu rakan-rakan pemainnya dalam Jelajah PGA berikutan ancaman berterusan yang ditimbulkan oleh penganjuran LIV Golf.
Akan ada acara tambahan untuk tahun 2023 dan komitmen pemain terkemuka untuk bersaing dalam sekurang-kurangnya 20 acara Jelajah PGA setahun, menaik taraf program impak pemain selain pendapatan minimum liga yang dijamin buat pemain yang melengkapkan siri Jelajah.
Perubahan terhadap dasar program impak pemain yang bakal menyaksikan 20 berbanding 10 pemain, akan meraih ganjaran, dengan pendapatan bonus juga meningkat kepada $100j (RM448.5j).

Commissioner Jay Monahan discusses the state and future of the PGA TOUR ahead of @PlayoffFinale. https://t.co/x8ADYFdINZ

— PGA TOUR (@PGATOUR) August 24, 2022
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.
Pelancaran program jaminan pendapatan itu juga akan menyaksikan pemain mengutip $500,000 (RM2.2j) dengan syarat mereka beraksi dalam 15 acara.
Monahan berkata dalam Kejuaraan Jelajah: "Pemain terbaik kami menyokong acara Jelajah ini untuk membantu kami menyampaikan produk yang tidak dapat ditandingi buat peminat kami, sekali gus menjamin pemain terbaik bersaing antara satu sama lain dalam 20 acara atau lebih sepanjang musim depan."
Dia menambah: "Hari ini adalah kemuncak perkongsian yang diperkukuh antara di penganjuran dan kebanyakan pemain itu sendiri.
"Ia tidak pernah berlaku dalam Jelajah kami sebelum ini dan ini membuktikan siapakah mereka ini dan apa yang mereka yakini."
#golf #Jelajah PGA #Jay Monahan #format baru
;