Golf: Adam Scott juara Masters

Razak Chik
April 15, 2013 01:21 MYT
Kejohanan Masters Amerika Syarikat tahun ini didominasi oleh pemain dari Australia. Adam Scott, 32, menjuarai kejohanan setelah terikat dengan Angel Cabrera dari Argentina selepas lubang ke-18 yang mengheret permainan ke penentuan playoff.
Scott yang berasal dari Adelaide menjadi pemain pertama dari Australia yang berjaya menyarung Jaket Hijau (Green Jacket) setelah mencatat birdie 5 meter di lubang playoff kedua. Cabrera merupakan pemenang kejohanan ini tiga tahun lalu.
Rakan senegara, Jason Day yang menjadi naib juara bersama Scott di kejohanan ini pada tahun 2011 menduduki tempat ketiga manakala Tiger Woods dan Marc Leishman, juga dari Australia berkongsi tempat keempat.
#Adam Scott #Angel Cabrera #Augusta National #birdi #golf #Masters #par