Gold Paris 2024: MSN sahkan atlet badminton profesional akan terima bantuan
Astro Arena
Januari 23, 2023 08:20 MYT
Januari 23, 2023 08:20 MYT
KETUA Pengarah Majlis Sukan Negara (MSN), Datuk Ahmad Shapawi Ismail, mengesahkan bahawa pemain badminton profesional negara, yang tersenarai dalam Program Gold Paris 2024, akan turut menerima bantuan daripada badan berkenaan.
Bagaimanapun, perlu ada perbicangan mengenai kaedah bantuan yang akan disalurkan agar dapat mencapai satu kesepakatan bersama.
Antara atlet profesional yang dijangka akan menerima bantuan itu termasuklah perseorangan lelaki nombor satu negara, Lee Zii Jia, selain beregu lelaki, Ong Yew Sin-Teo Ee yi, dan dua beregu campuran, Tan Kian Meng-Lai Pei jing dan Goh Soon Huat-Shevon lai.
"Sesiapa sahaja yang dikenal pasti oleh jawatankuasa akan dibantu sebaik yang mungkin, tidak kira mereka atlet porfesional atau bernaung di bawah persatuan sukan kebangsaan," kata Shapawi seperti yang dipetik Astro Arena.
"Kami akan berbincang mengenai prosedur, kaedah dan bagaimana kami dapat membantu setiap atlet yang dikenal pasti di bawah program Gold Paris 2024 dengan cara terbaik yang kami boleh bantu mereka.
"Yang pertama, mereka perlu layak dan yang kedua adalah untuk mereka mencapai sasaran tersebut," katanya. - Stadium Astro