Gol sentuhan pertama Alaba bantu Real Madrid tewaskan Almeria

Astro Arena
Ogos 15, 2022 09:30 MYT
Aksi David Alaba (dua, kiri) selepas menjaringkan gol kedua pasukannya ketika perlawanan La Liga antara Almeria dan Real Madrid di Stadium Power Horse, Almeria, Sepanyol, 14 Ogos 2022. (Foto AP)
ALMERIA 1 REAL MADRID 2
Pemain gantian, David Alaba, menjaringkan gol sepakan percuma gemilang daripada sentuhan pertamanya untuk memastikan Real Madrid memulakan misi mempertahankan gelaran LaLiga dengan kemenangan 2-1 ke atas Almeria awal pagi tadi.
Pasukan bimbingan Carlo Ancelotti itu memulakan aksi di Stadium Power Horse di Andalusia dengan aksi buruk dan ketinggalan seawal enam minit pertama gara-gara sentuhan pemusnah bekas pemain remaja Manchester United, Largie Ramazani.
Madrid terus bergelut untuk menewaskan Fernando Martinez di gawang Almeria sebelum Lukas Vazquez, yang jaringannya dalam babak pertama dibatalkan kerana ofsaid, menyamakan kedudukan buat Madrid selepas sejam permainan.
Alaba kemudian menggantikan Ferland Mendy pada minit ke-74 dan menerusi sentuhan pertamanya, dia melencongkan bola daripada sepakan percuma untuk menewaskan Fernando dari jarak 25 ela, sekali gus memastikan tiga mata buat Madrid.
Madrid seterusnya akan meneruskan saingan dengan bertandang ke laman Celta Vigo hujung minggu ini manakala Almeria pula akan berkunjung ke Elche dua hari kemudian.

CADABRA!!! pic.twitter.com/BsEtxkd9MH

— Real Madrid C.F. (@realmadriden) August 14, 2022
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.
#Real Madrid #Almeria #LaLiga #David Alaba
;