Gol Rashford pastikan kemenangan dramatik Man United

Astro Arena
Januari 15, 2023 01:15 MYT
Penjaga gol Manchester City Ederson menyelamatkan bola di hadapan Rashford (kanan) ketika perlawanan EPL antara Manchester United dan Manchester City di Old Trafford, Manchester, England, 14 Jan 2023. (Foto AP)
MARCUS Rashford dan Bruno Fernandes menjaringkan dua gol ketika Manchester United bangkit daripada ketinggalan untuk menewaskan Manchester City 2-1 dalam perlawanan derby penuh dramatik di Old Trafford pada Sabtu.
Hanya empat minit memisahkan dua percubaan daripada pasukan kendalian Erik ten Hag ketika Fernandes terlebih dahulu menyamakan kedudukan membatalkan gol pembukaan Jack Grealish.
Tiada sebarang pertikaian mengenai kemenangan United, bagaimanapun, dengan Rashford menolak masuk dari jarak dekat selepas menerima hantaran Alejandro Garnacho.
Kemenangan itu meletakkan United hanya satu mata di belakang musuh ketat mereka, sambil memberi peluang kepada Arsenal untuk mendahului lapan mata dengan kemenangan ke atas Tottenham hari ini (Ahad).

Game-changing moment. #MUFC || #MUNMCI pic.twitter.com/F182IBFoNF

— Manchester United (@ManUtd) January 14, 2023
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.
#Manchester United #Manchester City #Bruno Fernandes #Marcus Rashford