Gianni Infantino dipilih semula sebagai Presiden FIFA
Astro Awani
Mac 17, 2023 08:00 MYT
Mac 17, 2023 08:00 MYT
KIGALI: Gianni Infantino dipilih semula sebagai Presiden Persekutuan Bola Sepak Antarabangsa (FIFA) sehingga 2027 selepas menang tanpa bertanding di Kongres FIFA ke-73 yang diadakan di Kigali, Rwanda pada Khamis.
Peguam Switzerland berusia 52 tahun itu menggantikan Sepp Blatter pada 2016.
Beliau memegang jawatan berkenaan untuk penggal ketiga tanpa dicabar sebagaimana empat tahun lalu.
Sebaik dipilih, Infantino ucapkan terima kasih kepada semua perwakilan yang bersidang di Rwanda, di mana sistem pengundian tidak mencatatkan jumlah suara pembangkang.