Gerrard dinamakan Pemain Terbaik England 2012
AFP
Februari 3, 2013 07:43 MYT
Februari 3, 2013 07:43 MYT
Steven Gerrard dinamakan Pemain Terbaik England 2012 selepas memenangi lebih 40 peratus undi peminat, mengikut Kesatuan Bola Sepak England.
Bintang Liverpool berusia 32 tahun itu menewaskan dua pesaing terdekat, Danny Welbeck dan Ashley Cole untuk merangkul anugerah itu.
Gerrard yang juga ketua pasukan England sebelum ini menjadi pemain keenam membuat penampilan ke 100 kali buat pasukan negara itu dalam pertemuan dengan Sweden November lalu.
"Saya masih bersemangat, menanti-nantikan permainan seterusnya seperti kemunculan pertama saya dahulu. Setiap kali memakai jersi England, merupakan saat yang membanggakan,” kata pemain tengah Liverpool itu.