Gelaran 'One Man One Club' diberi atas kesetiaan Choirul
Amirul Awaludin
Oktober 16, 2017 11:16 MYT
Oktober 16, 2017 11:16 MYT
Pemergian Allahyarham Choirul Huda pada 15 Oktober 2017 merupakan satu kehilangan besar buat peminat bola sepak Indonesia terutama di negeri asalnya Lamongan, Timur Jawa.
Gelaran 'One Man One Club' itu diberi atas kesetiaan Allahyarham kepada kelab Persela Lamongan yang merupakan kelab pertama sewaktu arwah memulakan kariernya pada 1999 hingga 2017 diusia 20 tahun.
Choirul dilahirkan pada 2 Jun 1979 di Lamongan, Timur Jawa Indonesia dan mempunyai dua cahaya mata serta seorang isteri.
Choirul memiliki rekod 500 penampilan keseluruhan dan 45 clean sheet sepanjang kariernya selaku penjaga gol.
Dalam pada itu, jurulatih Persela Lamongan, Aji Santoso berkata arwah kelihatan sangat bersemangat dan membuat persedian awal seminggu sebelum meninggal dunia.
Katanya, doktor mengesahkan kematiannya berpunca daripada pelanggaran dan hypoxia (tubuh mengalami kekurangan oksigen).
Choirul menghembuskan nafas terakhir di Stadium Surajaya selepas pasukan medik cuba merawatnya selama 45 minit bertarung nyawa.