Gattuso: Gol Cutrone sepatutnya dibatalkan
Astro Arena
Januari 29, 2018 08:59 MYT
Januari 29, 2018 08:59 MYT
AC MILAN 2 LAZIO 1
Gennaro Gattuso mengakui jaringan pembukaan Patrick Cutrone untuk AC Milan sepatutnya dibatalkan dalam kemenangan 2-1 ke atas Lazio di San Siro, awal hari ini.
Cutrone sekali imbas dilihat menjaringkan gol menerusi tandukan, membuatkan bos Lazio, Simone Inzaghi, kecewa.
Inzaghi berkata ia adalah "luar biasa" gol Cutrone disahkan apabila ulangan semula menunjukkan hantaran daripada sepakan percuma Hakan Calhanoglu terkena lengannya sebelum masuk.
"Saya bersikap jujur, sekali pandang saya fikir ia menerusi tandukan. Lihat sekali lagi dari sudut itu, ia adalah gol yang sepatutnya dibatalkan," kata jurulatih Milan, Gattuso, kepada Mediaset Premium.
Adam Marusic menyamakan kedudukan lima minit kemudian sebelum Giacomo Bonaventura kembali meletakkan pasukan tuan rumah di depan menuju masa rehat.
Tandukan itu penting ketika Milan melebarkan kemenangan mereka kepada tiga perlawanan dalam Serie A.
"Kami gembira kerana mengatasi pasukan hebat," kata Gattuso. "Saya berterima kasih kepada pemain untuk prestasi cemerlang hari ini.
"Saya tidak suka terus bercakap setiap perlawanan menjadi titik perubahan untuk Milan. Kami perlu melawan satu perlawanan pada satu masa, tidak kira keadaannya.
"Kelab ini membelanjakan banyak wang untuk melabur dalam skuad ini, terdapat beberapa kesukaran, tetapi kini prestasi kami baik secara psikologi."
Kapten Milan, Leonardo Bonucci, menambah: "Kami harus mengekalkan rentak ini. Kami menang, yang merupakan tugas kami. Kami bermain baik pada babak pertama, secara menyerang dan bertahan.
"Dalam babak kedua, kami banyak memberi peluang kepada lawan. Jurulatih berjaya meningkatkan kekuatan kami dan kini kami berjuang untuk satu sama lain. Ia hebat menjadi sebahagian daripada pasukan ini."