KUALA LUMPUR: Hasrat skuad futsal lelaki kebangasaan untuk meneruskan kemaraan ke peringkat separuh akhir Kejuaraan Futsal Persekutuan Bola Sepak ASEAN (AFF) 2022 berakhir apabila tewas di tangan tuan rumah, Thailand 2-4 hari ini.
Turun dengan misi wajib menang dalam aksi terakhir peringkat Kumpulan A di Stadium Tertutup Huamark di Bangkok, skuad kendalian Chiew Chun Yong bermula baik apabila berjaya mengikat kedudukan 1-1 dalam babak pertama perlawanan.
Thailand terlebih dahulu membuka jaringan seawal minit ketujuh hasil jaringan Tanapol Maneepetch menewaskan penjaga gol skuad negara, Muhammad Syawal Sabaruddin.
Skuad Harimau Malaya kemudian bangkit menyamakan kedudukan pada minit ke-12 menerusi Farhan Khairul Anuar, dan kedudukan itu kekal hingga tamat separuh masa pertama.
Bersambung babak kedua, Malaysia lebih agresif mengasak pintu gol Thailand dan Farhan sekali lagi bertindak cemerlang menjaringkan gol kedua pada minit ke-27 menewaskan penjaga gol lawan, Katawut Hankampa.
Kedudukan Malaysia itu bagaimanapun tidak kekal lama apabila Thailand kembali menyamakan jaringan menerusi Sarawat Phalapruek, dua minit kemudian.
Tersentak dengan gol penyamaan itu, Malaysia mengubah corak permainan dengan taktikal powerplay apabila Muhammad Syawal yang mulanya hanya ditugaskan menjaga gawang naik ke atas melepasi garisan tengah bagi membentuk lima pemain di kawasan lawan.
Namun, percaturan Malaysia itu membawa padah apabila pasukan tuan rumah menjaringkan dua gol menerusi Sarawat Phalapruek pada minit ke-34 sebelum Kritsada Wongkaeo melengkapkan kemenangan mutlak Thailand pada minit ke-39.
Keputusan itu menyaksikan cabaran Malaysia berakhir, sementara Thailand diiringi Indonesia mara ke peringkat separuh akhir apabila masing-masing menghuni kedudukan dua teratas Kumpulan A.
Terdahulu, pasukan Indonesia turut merekodkan kemenangan selepas menundukkan Kemboja 11-2 untuk menduduki tempat kedua di belakang Thailand.
-- BERNAMA
Bernama
Wed Apr 06 2022
![Futsal AFF: Harimau Malaya terkandas Futsal AFF: Harimau Malaya terkandas](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2022-04/41649258974_AFFFutsalChampions.jpg)
Keputusan itu menyaksikan cabaran Malaysia berakhir, sementara Thailand diiringi Indonesia mara ke peringkat separuh akhir apabila masing-masing menghuni kedudukan dua teratas Kumpulan A. - Gambar/ Bernama
10 Berita Pilihan - (07 Julai 2024)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Acara bola tampar atas air di Slovenia tarik perhatian
Pemain bola tampar dari pelbagai negara turun ke gelanggang terapung di Slovenia untuk bermain sukan mereka dalam persekitaran yang agak luar biasa.
Kawasan gunung Etna masih lagi tidak selamat
Letusan Gunung Etna dilaporkan masih lagi memuntahkan abu sehinggakan menjejaskan kawasan ruang udara yang kini dikaburi dengan asap hitam pada Ahad.
![Angka kematian di Gaza meningkat kepada 38,153 Angka kematian di Gaza meningkat kepada 38,153](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-06/81719304919_TBisraelairstrike.jpg)
Angka kematian di Gaza meningkat kepada 38,153
Angka kematian rakyat Palestin akibat serangan berterusan Israel di Semenanjung Gaza meningkat kepada 38,153, kata Pihak Berkuasa Kesihatan Gaza dalam satu kenyataan pada Ahad.
Empat terbunuh serangan ketika parti hari lahir
Pemeriksaan di rumah itu mendapati tujuh mangsa yang mana empat daripadanya telah meninggal dunia.
Rafah kini dilitupi debu, runtuhan bangunan memenuhi bandar
Dulunya Rafah sibuk dengan urusan seharian penduduk namun kini ia umpama bandar hantu yang diliputi debu, sunyi hampir sepanjang masa.
Kiswah Kaabah ditukar, petanda permulaan Tahun Baharu Hijri
Meneruskan tradisi turun-temurun, penutup baharu untuk Kaabah, dikenali sebagai Kiswah dipasang pada Ahad, menandakan Tahun Baru Hijrah di Mekah, Arab Saudi.
Selepas Sarawak, Pulau Pinang minat anjur bersama - Hannah
Pulau Pinang menjadi negeri terbaharu selepas Sarawak untuk menjadi hos bersama penganjuran temasya Sukan SEA 2027.
Sentimen Islam, perkauman punca kekalahan di Sg Bakap
Isu sentimen agama Islam terancam dan perkauman yang dimanipulasi parti pembangkang dilihat sebagai antara punca utama kekalahan Pakatan Harapan dalam Pilihan Raya Kecil DUN Sungai Bakap pada Sabtu.
KPM pastikan tiada pelajar cemerlang tercicir - Fadhlina
Kementerian Pendidikan (KPM) memberi jaminan isu pelajar cemerlang 10A Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) yang belum mendapat tempat untuk melanjutkan pengajian akan diselesaikan.
![Pemain keracunan makanan, sekat Malaysia sambar emas futsal AUG 2024 Pemain keracunan makanan, sekat Malaysia sambar emas futsal AUG 2024](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-07/61719787263_keracunanmakananp.jpg)
Pemain keracunan makanan, sekat Malaysia sambar emas futsal AUG 2024
Perlawanan tersebut menyaksikan Malaysia terpaksa akur meraih pingat perak selepas dikecewakan tuan rumah 4-1 pada aksi final.
![Remaja maut nahas tiga kenderaan selepas main futsal Remaja maut nahas tiga kenderaan selepas main futsal](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-01/41705635197_TBMangsameninggal.jpg)
Remaja maut nahas tiga kenderaan selepas main futsal
Kedua-dua penunggang motosikal tidak memakai topi keledar ketika kejadian dan kenderaan masing-masing telah tamat tempoh cukai jalan.
![Pahang Rangers tambah koleksi kejuaraan Pahang Rangers tambah koleksi kejuaraan](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-09/81694364052_MalaysiaFutsalCup.jpg)
Pahang Rangers tambah koleksi kejuaraan
Pada penentuan penalti itu, penjaga gol Zainulzahin Sinuan muncul wira Pahang Rangers selepas menyelamatkan dua sepakan.
![Suspek serang ala muay Thai pengadil futsal dikenal pasti Suspek serang ala muay Thai pengadil futsal dikenal pasti](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-09/41693800433_muaythai.jpg)
Suspek serang ala muay Thai pengadil futsal dikenal pasti
Polis mengesahkan telah menerima laporan berkaitan insiden seorang pengadil diserang seorang pemain ketika perlawanan futsal di sebuah kompleks sukan di Damansara di sini pada Selasa lalu.
![Futsal Pekak Asia Pasifik Tehran: Malaysia sasar ke final Brazil Futsal Pekak Asia Pasifik Tehran: Malaysia sasar ke final Brazil](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-04/51680497605_MSDeaf.jpg)
Futsal Pekak Asia Pasifik Tehran: Malaysia sasar ke final Brazil
Pasukan futsal Persatuan Sukan Orang Pekak Malaysia (MSDeaf) itu berkeyakinan dapat terpilih antara pasukan terbaik berdasarkan dua rekod pencapaian sebelum ini.
![Thailand raja futsal ASEAN Thailand raja futsal ASEAN](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2022-04/61649624853_AFFFUTSALCHAMPIONS.jpg)
Thailand raja futsal ASEAN
Indonesia bermula garang apabila mendahului menerusi Holypaul Septinus pada minit kelapan.
![Tewas di tangan Indonesia, Malaysia harap tuah ke separuh akhir Tewas di tangan Indonesia, Malaysia harap tuah ke separuh akhir](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2022-04/61649106335_FutsalChampionship.jpg)
Tewas di tangan Indonesia, Malaysia harap tuah ke separuh akhir
Pemain Indonesia Ardiansyah Nur dan Holypaul Septinus Soumilena muncul wira selepas masing-masing menjaringkan dua gol.
![Skuad futsal tunggu surat pelepasan KKM Skuad futsal tunggu surat pelepasan KKM](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2022-03/51648337099_SkuadFutsalMalaysia.jpg)
Skuad futsal tunggu surat pelepasan KKM
Chun Yong turut menafikan pihak pengurusan bersikap sambil lewa berhubung perkara berkenaan.
![KBS sambut baik keputusan batal Liga Futsal Perdana KBS sambut baik keputusan batal Liga Futsal Perdana](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2021-09/81631422171_AhmadFaizalAzumu.jpg)
KBS sambut baik keputusan batal Liga Futsal Perdana
Sebelum ini, FAM turut membatalkan saingan Piala Presiden dan Piala Belia, susulan pandemik COVID-19.
![Gara-gara main futsal ketika PKPB, lapan remaja terpaksa bayar RM8,000 Gara-gara main futsal ketika PKPB, lapan remaja terpaksa bayar RM8,000](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2020-05/81590556163_Futsal.jpg)
Gara-gara main futsal ketika PKPB, lapan remaja terpaksa bayar RM8,000
Semua mereka yang berusia antara 15 hingga 20 tahun, dilihat bermain futsal ketika sepasukan anggota polis membuat rondaan di Kampung Binjai Kertas, Kuala Berang di sini.