Fuh! sangkakan titik penalti adalah bola, penjaga gol 'sepak angin'
Azyyati Ahmad
November 5, 2017 16:28 MYT
November 5, 2017 16:28 MYT
PENJAGA gol kelab liga Jerman, Mainz, Robin Zentner mempamerkan aksi paling lucu dalam sejarah perlawanan Bundesliga ketika menentang pasukan Borussia Monchengladbach pada Sabtu malam.
Gelagat Zentner yang tidak menyedari bola tiada di kakinya ketika cuba membuat tendangan menjadi bahan ketawa netizen.
Keadaan menjadi lebih lucu apabila keadaan itu berlaku, Zentner dengan penuh yakin melakukan tendangan tetapi sebenarnya dia hanya melakukan 'sepakan angin'.
Kesilapan itu ditebus bila Zentner selepas itu segera mengejar bola yang terlepas dari kakinya bagi menyelamatkan gawang.
Gelagat itu nampaknya telah membuat nama Zentner viral di media sosial.
Perlawanan malam tadi berakhir dengan keputusan seri Monchengladbach-1 Mainz -1.