FUFA Malaysia raih tempat ketiga

Astro Awani
Januari 7, 2013 01:00 MYT
Sementara itu, pasukan tuan rumah, Frenz United Malaysia (FUFA) meraih tempat ketiga setelah mengatasi pasukan bawah 15 tahun kebangsaan dua gol tanpa balas.
Bermain di Stadium Majlis Bandaraya Petaling Jaya (MBPJ), kedua-dua pasukan mempamer corak permainan seimbang.
Namun ketumpulan jentera serangan kedua-dua pasukan menyaksikan kedudukan tanpa jaringan kekal menuju rehat.
Bersambung perlawanan, kedua-dua pasukan memperkemaskan permainan memburu gol pembukaan.
Sehingga minit ke-58, Mohd Akmal Harizal Azhar menghadiahkan gol pertama FUFA Malaysia menerusi rembatan yang tepat menerjah gawang bawah 15 tahun kebangsaan.
Kian bersemangat, FUFA Malaysia terus menggandakan asakan.
Hasilnya mereka meledak gol kedua sekali lagi menerusi Akmal yang menanduk masuk bola melepasi kawalan penjaga gol lawan.
Kedudukan dua-kosong kekal hingga tamat perlawanan,
Kemenangan itu membolehkan FUFA Malaysia membawa pulang hadiah wang tunai bernilai USD15,000 manakala skuad bawah 15 tahun kebangsaan memperoleh USD10,000.
#frenz united malaysia #fufa