Fuad Grbesic kendali Sarawak

Astro Arena
Julai 16, 2015 08:02 MYT
Fuad Grbesic akan mengambil-alih pasukan sebagai pemangku ketua jurulatih untuk baki tujuh aksi Liga Super musim ini.
Persatuan Bola Sepak Sarawak (FAS) mengesahkan jurulatih Bosnia, Fuad Grbesic akan mengambil-alih pasukan sebagai pemangku ketua jurulatih untuk baki tujuh aksi Liga Super musim ini.
Perkara itu disahkan Setiausaha Agung FAS, Abdullah Julaihi mengenai perlantikan Grbesic yang sebelum ini memikul tugas utama di peringkat akar umbi serta membantu skuad belia dan Piala Presiden Sarawak.
"Kita memberi kepercayaan kepada beliau memandang beliau telah berada di Sarawak setahun yang lepas.
"Beliau dapat melihat situasi di Sarawak berbanding jika kami mengambil jurulatih lain," ulas Abdullah.
Roberts Albert memutuskan untuk meletak jawatan minggu lalu selepas Ngap Sayot apabila sekadar mengutip 13 mata selepas 15 perlawanan liga.
"Fokus kita adalah berada di Liga Super. Jangkaan perubahan suasana mampu memberi nilai positif kepada pemain-pemain."
#Abdullah Julaihi #FAS #Fuad Grbesic #jurulatih Bosnia
;