Formula One: Hamilton menang di Hungary, ungguli tempat teratas keseluruhan

Agensi
Julai 24, 2016 23:07 MYT
Hamilton mengatasi Rosberg pada permulaan perlumbaan dan menguasai 70 pusingan seterusnya di Litar Hungaroring. - Foto AFP/Attila Kisbenedek
Juara bertahan, Lewis Hamilton merangkul kemenangan bergaya selepas memenangi Grand Prix Hungary pada Ahad, menewaskan rakan sepasukan Nico Rosberg dan seterusnya mengambil tempat selaku juara dunia tahun ini.
Hamilton mengatasi Rosberg pada permulaan perlumbaan dan menguasai 70 pusingan seterusnya di Litar Hungaroring.
Kemenangannya itu melengkapkan satu kejayaan hatrik dalam perlumbaan secara berturut-turut, dengan rekod kelima dalam Hungary, kelima pada musim ini dan ke-48 dalam kariernya.
Rosberg yang bermula pada petak pertama, berada di tempat kedua keseluruhan di hadapan pemandu Red Bull Daniel Ricciardo, pemandu Ferrari Sebastian Vettel dan Max Verstappen.
Kimi Raikkonen berada di tempat keenam, berada di hadapan juara dunia dunia kali, Fernando Alonso daripada McLaren, Carlos Sainz (Toro Rosso), Valtteri Bottas (Williams) dan Nico Hulkenberg yang berada di tempat ke-10 untuk Force India.
Dengan kemenangan ini, Hamilton menambah jumlah mata kepada 192, enam mata lebih daripada Rosberg dan meletakkan Ricciardo jatuh ke tempat ketiga.
#Carlos Sainz #Grand Prix Hungary #Kimi Raikkonen #Lewis Hamilton #McLaren #Nico Rosberg
;