Fitri yakin pulih lebih cepat
Astro Awani
Januari 5, 2013 23:15 MYT
Januari 5, 2013 23:15 MYT
Pemain sayap Selangor, Fitri Syazwan Raduwan yakin pulih lebih cepat daripada tempoh yang ditetapkan oleh pihak perubatan pasukan.
Beliau yang mengalami kecederaan ligamen lutut (ACL) bertekad beraksi pada bulan April bagi membantu Red Giants mengharungi cabaran, musim ini.
Bagaimanapun, pemain berusia 26 tahun itu mengakui sukar untuk meraih keyakinan segera selepas kembali pulih sepenuhnya, nanti.
Menurutnya, ia hanya mampu dicapai dengan kesabaran dan semangat tinggi dalam berdepan tekanan.
Fitri kini giat menjalani proses pemulihan kecederaan di Institut Sukan Negara (ISN).
Pemain kelahiran Shah Alam Selangor itu mengalami kecederaan ACL ketika latihan menjelang separuh akhir kedua Piala Malaysia Selangor bertemu Kelantan, tahun lalu.