Program FitMalaysia yang dilancarkan pada Ahad akan menjadi gelombang kecergasan dalam usaha menjadikan Malaysia sebuah negara yang membudayakan sukan, kata Menteri Belia dan Sukan Khairy Jamaluddin.
Beliau berkata program FitMalaysia akan diperluaskan ke seluruh negara dengan siri jelajah bermula di Melaka pada 14 Sept ini.
Khairy berkata model yang sama diguna pakai di Dataran Merdeka itu akan dilaksanakan di lokasi seluruh negara seperti aktiviti larian, kayuhan, senaman kecergasan seperti zumba, seni mempertahankan diri dan aktiviti kecergasan dan sukan yang lain.
"Saya amat kagum dengan peserta yang begitu ramai hari ini yang kita sasarkan 50,000 orang mengikuti semua aktiviti mulai pukul 6 pagi hingga 5 petang ini.
"Kalau gelombang ini dapat dikekalkan, hasrat untuk mewujudkan rakyat yang lebih cergas dan sihat, bersatu padu akan dapat dicapai," katanya kepada pemberita selepas majlis pelancaran FitMalaysia di Dataran Merdeka.
Khairy berkata walaupun usaha membudayakan sukan dalam kalangan rakyat Malaysia memakan masa, namun jika segala program dijalankan dengan konsisten matlamat itu dapat dicapai dengan kerjasama pelbagai pihak yang terbabit.
Beliau juga berkata penglibatan dan sambutan daripada seluruh rakyat juga perlu bagi menjayakan program FitMalaysia ini.
"Ia akan mengambil masa yang sederhana sebab penglibatan rakyat Malaysia dalam sukan dan senaman hanya 30 peratus. Untuk ubah budaya dan gaya hidup, ia memerlukan suatu budaya hidup bersukan.
"FitMalaysia ini boleh menjadi identiti bagi rakyat Malaysia untuk mengamalkan budaya hidup yang lebih sihat dan cergas. Sebab itu kita ada #FitMalaysia supaya orang ramai dapat memuat naik gambar ketika mereka beriadah," katanya.
Khairy berkata selain mencapai matlamat membudayakan sukan dalam kalangan rakyat Malaysia, program FitMalaysia ini dapat membantu usaha untuk mengenal pasti bakat-bakat baru dalam bidang sukan.
Khairy berkata, program FitMalaysia ini melibatkan beberapa agensi kerajaan dalam Jawatankuasa Kabinet Pembangunan Sukan termasuk Kementerian Pendidikan, Kementerian Kesihatan, Kementerian Komunikasi dan Multimedia serta Kementerian Kesejahteraan Bandar, Perumahan dan Kerajaan Tempatan di samping sektor swasta dan media.
FitMalaysia adalah satu gerakan secara besar-besaran di seluruh negara yang akan membawa Malaysia daripada sebuah negara pencinta sukan kepada negara sukan.
Pendekatan FitMalaysia lebih bersifat berpaksikan masyarakat di mana aktiviti yang dilaksanakan tidak memerlukan kemudahan atau peralatan khusus, mudah dipelajari dan boleh dilakukan pada bila-bila masa secara berseorangan atau berkumpulan.
FitMalaysia akan memberi fokus bukan hanya tentang amalan hidup sihat tetapi memberi inspirasi kepada rakan dan keluarga untuk bersama-sama sihat melalui penganjuran aktiviti berasaskan komuniti seperti menubuhkan kumpulan berbasikal atau melakukan aktiviti berlari, berjalan dan bersenam mingguan bersama rakan.
Bernama
Mon Sep 08 2014
Program FitMalaysia akan diperluaskan ke seluruh negara dengan siri jelajah bermula di Melaka pada 14 September ini. - Foto Fail
Kurang pemangkin baharu, Bursa Malaysia dibuka rendah
Pada 9.10 pagi ini, indeks petunjuk utama FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) turun 7.89 mata kepada 1,663.43 daripada paras 1,671.32 yang dicatatkan semalam.
Niaga SPOTLIGHT: Empowering Malaysian SMEs via logistics technology
Malaysia’s overall Freight And Logistics market value is estimated at MYR 116.9 billion in 2024, and is expected to reach MYR 147.6 billion by 2029, growing at a CAGR of 4.77% during the forecast period (2024-2029). Logistics Tech Start Ups are increasingly play a critical role in supporting Malaysia’s SME sector businesses and entrepreneurs as part of this lucrative industry. NIAGA SPOTLIGHT discusses market trends causing rapid expansion and change in the Tech Logistics industry including supply chain agility, labour shortages, embracing complexity through automation while staying small business friendly and environmentally conscious.
Petronas peroleh konsesi minyak dan gas ketiga di Abu Dhabi
Petronas Abu Dhabi akan memegang 100 peratus ekuiti dan bertanggungjawab ke atas pengendalian sepanjang tempoh cari gali berkenaan.
Ee Wei anggap dirinya bernasib baik, kaca tidak terkena kepala
Ee Wei memerlukan 16 jahitan berikutan kecederaan dialami akibat terkena serpihan kaca selepas dia tergelincir ketika memegang dumbel.
Prestasi & prospek pasaran Bursa Malaysia
Ketua Strategi, MIDF Research, Syed Muhammed Kifni Syed Kamaruddin mengulas berkenaan prestasi semasa FBM KLCI serta prospek hadapannya.
Prospek Bursa Malaysia kekal memberangsangkan - Wahid Omar
Indeks petunjuk utama FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) telah mencatat peningkatan sebanyak 15 peratus setakat tahun ini pada akhir dagangan Rabu dan menjadikan Bursa Malaysia muncul pasaran mencatat prestasi terbaik di ASEAN.
[Data & Statistik] Kedudukan MYR berbanding SGD setakat 27 September 2024
Niaga AWANI bawakan prestasi terkini prestasi Ringgit Malaysia berbanding dolar Singapura.
[DATA & STATISTIK] Prestasi ringgit setakat 27 September 2024
Bagaimana prestasi ringgit pada pembukaan hari Khamis minggu ini?
Trend terkini mengubah tingkah laku kewangan | Yuen Tuck Siew, CEO RinggitPlus
Dalam episod ini, kami berbincang dengan Yuen Tuck Siew, CEO RinggitPlus, mengenai hasil Tinjauan Literasi Kewangan Malaysia 2024. Kami akan menyelami faktor-faktor yang menyumbang kepada peningkatan keselamatan kewangan dan kesejahteraan rakyat Malaysia, serta langkah-langkah untuk memastikan trend positif ini berterusan. Selain itu, kami akan membincangkan keperluan literasi kewangan digital, kesan alat digital terhadap pengurusan kewangan, dan keberkesanan kempen kesedaran anti-penipuan. Jangan ketinggalan untuk mengetahui lebih lanjut tentang perancangan kewangan, perbezaan jantina dalam kewangan, dan cara mengatasi kebimbangan kewangan.
Beregu campuran negara terlepas kejohanan di Finland
Ee Wei terpaksa menjalani rawatan 16 jahitan akibat mengalami kecederaan di lengan kirinya semasa sesi latihan di ABM.
FitMalaysia: Gelombang ubah gaya hidup rakyat dalam bersukan
Program FitMalaysia yang dilancarkan pada Ahad akan menjadi gelombang kecergasan dalam usaha menjadikan Malaysia sebuah negara yang membudayakan sukan, kata Menteri Belia dan Sukan Khairy Jamaluddin.
#FitMalaysia ke arah membudayakan sukan, pelapis atlet dan rakyat lebih sihat
#FitMalaysia adalah sebuah aktiviti gerakan massa yang bakal menjadikan negara sebagai sebuah negara yang membudayakan sukan.