Final UCL: Gelaran ke-15 Real Madrid lebih sukar dari dijangka - Ancelotti

Astro Arena
Jun 2, 2024 09:30 MYT
Ancelotti menjulang trofi yang dimenangi Real Madrid selepas menewaskan Borussia Dortmund dalam perlawanan UCL di Stadium Wembley, London, Britain, 1 Jun 2024. - REUTERS
KETUA jurulatih Real Madrid, Carlo Ancelotti, berasakan cabaran memenangi gelaran Eropah buat kali ke-15 awal pagi tadi lebih sukar daripada apa yang dijangkakan juara Sepanyol berkenaan.
Los Blancos memerlukan dua gol lewat permainan daripada Dani Carvajal dan Vinicius Junior untuk menewaskan wakil Jerman, Borussia Dortmund, 2-0 dalam final Liga Juara-Juara Eropah (UCL) di Stadium Wembley.
"Saya tidak pernah terbiasa dengannya kerana ia amat sukar, amat-amat sukar berbanding apa yang dijangkakan," kata Ancelotti kepada Movistar Plus+.
"Dalam babak pertama, kami kelihatan agak malas, kami kehilangan punca dan mereka (Dortmund) dapat bermain dengan cara yang mereka inginkan.
"Tetapi dalam babak kedua, kami kelihatan lebih bagus dan lebih stabil dengan hanya sedikit kesilapan.
"Ini adalah impian yang harus diteruskan. Saya tidak tahu apa yang akan berlaku malam ini tetapi kami tidak akan boleh tidur," katanya.
Ancelotti menambah kepada TNT Sports: "Ia bagaikan mimpi tetapi ia realiti. Sudah pasti kami amat gembira. Perlawanan final sentiasa seperti ini.
"Kami dapat memenanginya. Ia musim yang luar biasa dan kami amat gembira dapat memenangi piala ini lagi."

#CHAMP15NS pic.twitter.com/3l8ZHnBFUp

— Real Madrid C.F. (@realmadriden) June 1, 2024
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.
#Real Madrid #Carlo Ancelotti #Liga Juara-Juara Eropah #UCL
;