Final Liga Europa: Borre pimpin kebangkitan Frankfurt muncul juara

Astro Arena
Mei 19, 2022 04:23 MYT
Eintracht Frankfurt merangkul trofi Eropah pertama mereka dalam tempoh 42 tahun. - Stadium Astro
EINTRACHT FRANKFURT merangkul trofi Eropah pertama mereka dalam tempoh 42 tahun selepas kemenangan penentuan penalti 5-4 ke atas Rangers pada penghujung keputusan seri 1-1 dalam perlawanan akhir Liga Europa di Seville awal pagi tadi.
Skuad kendalian Oliver Glasner beraksi di final Eropah pertama mereka sejak menewaskan Borussia Monchengladbach dalam pertandingan yang sama pada 1980 dan mereka ketinggalan pada minit ke-57 apabila Joe Aribo mengambil kesempatan sepenuhnya daripada kesilapan barisan pertahanan Frankfurt.
Pasukan Bundesliga itu memaksa masa tambahan di Ramon Sanchez-Pizjuan 12 minit kemudian hasil penyudah jarak dekat Rafael Borre.
Borre menjadi wira dalam penentuan sepakan itu, pemain Colombia itu menyempurnakan sepakan penalti selepas percubaan Aaron Ramsey diselamatkan oleh Kevin Trapp, yang menafikan Ryan Kent dengan cemerlang pada lewat masa tambahan.

Frankfurt become the first Bundesliga team to win the UEFA Cup/Europa League since 1997 #UELfinal pic.twitter.com/a3rjBSya3W

— #UELfinal (@EuropaLeague) May 18, 2022
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.
*Artikel asal disiarkan di Stadium Astro
#Liga Europa #UEL #Frankfurt #Rangers #final