Final Liga Eropah: Sudahkah anda bersedia?

Ian Johan Ariff
Mei 28, 2019 18:04 MYT
Empat kelab Inggeris layak ke dua pentas final kejohanan Eropah buat kali pertama dalam sejarah.
PERTAMA kali dalam sejarah, empat pasukan dari Liga Perdana Inggeris mara ke final kejohanan terunggul dan kedua terbaik di Eropah, mengesahkan kedua-dua piala, Liga Juara-Juara Eropah (UCL) dan Liga Europa pulang ke England.
Dalam saingan UCL, Tottenham Hotspur akan bertemu juara lima kali, Liverpool manakala Chelsea akan menentang Arsenal dalam saingan Europa.
Perjalanan Chelsea dan Arsenal ke final amatlah sukar dengan apabila melalui peringkat kumpulan yang mencabar sehinggalah ke pusingan kalah mati.
Kemenangan buat Arsenal lebih penting untuk merebut slot ke UCL, apabila terlepas untuk layak menerusi saingan Liga Perdana Inggeris (EPL).
Berikut perjalanan Arsenal dan Chelsea ke final, bermula dari pusingan kalah mati:
Pusingan 32 pasukan terbaik:
Arsenal 3-1 BATE Borisov (agregat)
Chelsea 5-1 Malmo FF (agregat)
Pusingan 16 pasukan terbaik:
Arsenal 4-3 Rennes (agregat)
Dynamo Kiev 0-8 Chelsea (agregat)
Suku akhir:
Chelsea 5-3 Slavia Prague (agregat)
Napoli 0-3 Arsenal (agregat)
Separuh akhir:
Valencia 3-7 Arsenal (agregat)
Chelsea 2-2 Eintrach Frankfurt (Chelsea mara 4-3 menerusi penentuan penalti)
Saingan UCL pula menyaksikan kebangkitan dua pasukan Inggeris, Liverpool dan Tottenham di pusingan kalah mati.
Kedua-dua pasukan dilihat tidak mampu mara ke final akibat kekalahan dalam perlawanan pertama namun berjaya bangkit untuk mara ke final.
Liverpool terpaksa bangkit daripada ketinggalan 3-0 di Nou Camp menentang Barcelona manakala Tottenham bangkit pada babak kedua separuh akhir menentang Ajax, melakar kemenangan dramatik.
Ini merupakan final kedua Liverpool dalam tempoh dua musim, selepas tewas kepada Real Madrid pada musim lepas.
Berikut perjalanan Liverpool dan Tottenham ke final, bermula di pusingan kalah mati:
Pusingan 16 pasukan terbaik:
Borussia Dortmund 0-4 Tottenham (agregat)
Bayern Munich 1-3 Liverpool (agregat)
Suku akhir:
Manchester City 4-4 Tottenham (Tottenham menang menerusi peraturan gol di tempat lawan)
FC Porto 1-6 Liverpool (agregat)
Separuh akhir:
Liverpool 4-3 Barcelona (agregat)
Ajax Amsterdam 3-3 Tottenham (Tottenham mara menerusi peraturan gol di tempat lawan)
Saksikan final UCL antara Tottenham dan Liverpool pada 2 Jun, 3 pagi, di saluran 841 Astro, beIN Sports Max dan final Liga Europa, Chelsea lawan Arsenal pada 30 Mei, 3 pagi, di saluran yang sama.
Kongsikan keterujaan dan pandangan anda mengenai final kedua-dua liga Eropah itu dengan menggunakan #AWANIEuropa #AWANIUCL.
#Arsenal #awanieuropa #AWANIUCL #Chelsea #liga eropah #Liga Europa #Liga Juara-Juara Eropah #Liga Perdana Inggeris #Liverpool #Tottenham #UCL
;