Final Copa America: Sepak mula perlawanan ditunda 30 minit ekoran masalah di luar stadium

Astro Arena
Julai 15, 2024 08:00 MYT
Peminat meluru masuk sebelum perlawanan akhir Copa America antara Argentina dan Colombia di Stadium Hard Rock, Miami, Florida, 14 Julai 2024. - REUTERS
AKSI final Copa America 2024 antara Argentina dan Colombia ditunda selama 30 minit di Florida.
CONMEBOL telah mengeluarkan kenyataan menerusi X yang mengumumkan bahawa sepak mula telah ditangguhkan selama 30 minit hingga 8:30 pagi waktu Malaysia.
Kenyataan itu berbunyi, "Kami mengumumkan bahawa orang yang tidak mempunyai tiket tidak akan dapat memasuki stadium.
"Hanya mereka yang telah membeli tiket akan dapat memasuki stadium sebaik sahaja pintu dibuka semula.
"Kami juga ingin mengumumkan bahawa perlawanan akan ditangguhkan selama 30 minit, bermula pada 8:30 pagi waktu Malaysia."
#Copa America #Colombia #Argentina #perlawanan ditunda