FIM MiniGP Malaysia: Qabil Irfan catat kejuaraan berganda, Kenzie Akbar cipta sensasi

Astro Arena
Jun 9, 2024 06:10 MYT
Pusingan kedua FIM MiniGP Malaysia 190cc dimenangi Qabil Irfan di tempat pertama, diikuti Farish Hafiy dan Adam Aiman, kedua-duanya dari Selangor. - Foto FIM MiniGP Malaysia/MAM
TURUN dengan rekod juara dunia 2023 dominasi Qabil Irfan untuk terus menjadi yang terbaik dalam kategori 190cc tidak disangkal lagi apabila berjaya mencatat kejuaraan berganda dengan kelebihan masa sebanyak 9.300s di perlumbaan pertama dan di perlumbaan kedua.
Begitupun, terdapat drama dan situasi berlaku dalam baki empat pusingan perlumbaan apabila Syahmi Aiman dari Negeri Sembilan dan Rakshith Dave dari India ditimpa kemalangan, sekali gus memberi ruang kepada penganjur kejohanan untuk tamatkan perlumbaan.
Tetapi teryata. keputusan rasmi memutlakkan dominasi kukuh Qabil dengan kelebihan catatan masa 6.919 saat di hadapan Farish Hafiy.
"Ini rezeki saya di Sepang, rezeki saya jadi juara. Kita tak tahu di Langkawi nanti bagaimana. Saya harap saya dapat kekal di hadapan dan doakan saya nanti," kata Qabil.
Sementara itu, bagi kategori 160cc di perlumbaan pertama, juara baru tercipta apabila pelumba antarabangsa dari Indonesia, Kenzie Akbar mencipta sensasi dengan catatan masa terpantas 15 minit 15.299 saat.
Ia sekali gus mengenepikan pesaing terdekat, Nguyen Viet Tuan dari Vietnam dan Airel Marzuki dari Terengganu.
"Terima kasih untuk semua yang menyokong saya, dari kelmarin saya sudah berlatih bersama jurulatih saya untuk menjuarai perlumbaan kali ini, dan akhirnya saya menjadi juara." kata Kenzie kepada Nadi Arena.
#FIM MiniGP Malaysia #kejuaraan berganda #Qabil Irfan #sukan permotoran
;