Filem 28 Years Later dirakam sepenuhnya dengan iPhone 15 Pro Max

Amanz
Disember 11, 2024 12:10 MYT
iPhone digunakan dengan aksesori profesional dan menyokong rakaman Log 4K ProRes 60FPS. -Amanz
MENGHASILKAN sebuah filem dengan telefon pintar tidak mustahil jika ada bakat tertentu dan aksesori penting yang diperlukan.

Ringkasan AI
  • Filem 28 Years Later dirakam sepenuhnya dengan iPhone 15 Pro Max.
  • Danny Boyle dan Alex Garland kembali mengarahkan filem ini.
  • iPhone digunakan dengan aksesori profesional dan menyokong rakaman Log 4K ProRes 60FPS.

Banyak filem Hollywood telah dirakam dengan iPhone, seperti yang diarahkan oleh Steven Soderbergh atau Zack Snyder.
Terbaharu, sebuah filem Hollywood berskala besar telah dirakam sepenuhnya dengan iPhone.
Filem ini adalah 28 Years Later, iaitu filem ketiga selepas 28 Weeks Later.
Danny Boyle dan Alex Garland kembali untuk filem ini selepas kejayaan filem pertama, 28 Days Later.
Menurut laporan WIRED, Boyle menggunakan beberapa unit iPhone 15 Pro Max. iPhone dipilih kerana pencipta filem menggemari hasil rakaman Log dari peranti ini.
Sudah tentu, untuk filem ini mereka tidak menggunakan iPhone begitu sahaja. iPhone 15 Pro Max yang digunakan disambungkan kepada kerangka khas dengan lensa kamera profesional seperti dari ARRI.
Pembangunan filem 28 Years Later turut menggunakan beberapa kamera aksi yang dipasang pada haiwan, mungkin GoPro, kerana haiwan ini digelar sebagai GoatPros.
Bagi yang tertanya-tanya tentang prosesnya dan bagaimana ia dilakukan, iPhone 15 Pro dan iPhone 15 Pro Max sedia menyokong rakaman video Log 4K ProRes 60FPS. Untuk rakaman jangka masa panjang, fail boleh disimpan terus ke storan luaran melalui sambungan USB-C pada peranti.
28 Years Later kini secara tidak langsung menjadi filem Hollywood dengan bajet paling tinggi ($75 juta, ~RM331.8 juta) dirakam sepenuhnya dengan telefon pintar. -Amanz
#Hollywood #iPhone #28 Years Later #iPhone 15 Pro Max
;