FIFA tarik balik penggantungan Zimbabwe
Bernama
Julai 12, 2023 11:20 MYT
Julai 12, 2023 11:20 MYT
HARARE: Persekutuan Bola Sepak Antarabangsa (FIFA) pada Selasa menarik balik penggantungan ke atas Zimbabwe daripada menyertai kejohanan dunia.
Perkara itu diumumkan oleh Menteri Sukan, Kesenian dan Kebudayaan, Kirsty Coventry pada sidang media, lapor New Ziana.
Penggantungan itu dikenakan lebih setahun lalu selepas apa yang dilihat FIFA sebagai campur tangan kerajaan dalam pentadbiran sukan itu.
Ia berikutan pembubaran badan bola sepak kebangsaan yang dipilih oleh kerajaan, Persatuan Bola Sepak Zimbabwe (ZIFA) - yang merupakan gabungan FIFA, menurut laporan itu.
Pasukan empat anggota telah dilantik untuk mengendalikan hal ehwal ZIFA buat sementara waktu selama 12 bulan.
Jawatankuasa normalisasi empat anggota FIFA, diketuai oleh pengerusi Lincon Mutasa dijangka mengendalikan hal ehwal ZIFA sehingga Jun 2024 apabila sebuah lembaga baharu dipilih untuk memegang jawatan, tambahnya.
-- BERNAMA